Tuesday, August 17, 2010

Ijab Kabul

Rasa macam berdebar gila plak masa dia ada. Dia plak buat aku nervous tul, bajet nak jumpakan aku ngan family dia. Paling menggerunkan jumpa mak dia...Huahhhhh....suma orang ok tapi masa mak dia suh aku buat ujian tu yang paling tak tahan. Slalunya kan laki yang bila nak nikah kelam kabut. Ni macam pre nikah, Bakal pengantin pompuan kena jalani ujian, antara ujiannya adalah membaca Al-Quran. Masa tu dia sempat usik aku, suh aku tengok nama penuh dia. Tapi aku malu nak tengok. Nama penuh dia ada dalam borang ujian tu. Tergagap-gagap aku baca Al-Quran, aku tak nampak dengan jelas. Ya Allah Ya tuhan ku,..petunjuk ke ni.

Disebabkan tu aku kena buat sampai aku lulus ujian tu baru kami akan diijab kabulkan. Maybe tu satu petanda atau tu suma hanya mainan perasaan or syaitan? Aku rasa ralat sebab aku belum sediakan diri aku, penuhkan diri ngan ilmu agama. Mungkinkah dia orang yang di takdirkan untuk aku? Membimbing aku ke jalan yang lebih terang? Aku tau aku tak sebaik mana, tapi aku cuba nak berubah. Aku nak dibimbing, semoga aku dapat bjumpa dengan dia lagi. Rasa ralat sebab aku tak tengok nama penuh dia dalam kertas tu.

Aku tak sempat nak tau, aku da kena g ofis..huhuhu Itula yang ngantuk gila pastu...sekejap sangat.

Sunday, August 15, 2010

Tulang rusukmu

Korang tau tak apa rasanya bila seseorang yang pernah jadi sebahagian dari hidup kita dalam ruang lingkup antara kawan and lebih dari kawan, memilih orang yang lebih kurang sama dengan kita dari segi perwatakan atau paras rupa. Aku ada pengalaman camtu. Bila orang yang mengaku pernah sukakan aku lebih dari kawan, mengaku memilih kekasih yang hampir serupa dengan aku. Dalam hati aku pelik, itu ja caranya ke kalu kita tak dapat memilik orang yang kita mahukan? Ada orang pernah kata kan pada ku,. Kita nak apa yang kita mahu tapi Dia akan bagi apa yang kita perlu. Betul tapi kenapa perasaan aku ni semacam. Tak selesa dengan pengakuan macam tu. But bila tengok dorang bahagia, aku rasa tersisih. Rasa sesuatu dalam hati yang cuba nak keluar tapi aku tahan mengikut warasnya akal.

Kahwin tu perkara yang mulia. Mulia kah aku bila aku nasihatkan seseorang yang memaki hamun kekasih hati and mengadu keburukan kekasih hatinya padaku. Aku buat atas rasional seorang perempuan. Aku tak suka kaum adam menghina and memperlekehkan kaum hawa. Aku tak kisah walau pon dia tu saingan aku. And m,ulia kah aku kiranya ada cemburu terselit di hati? Tapi dia da selamat bergelar tunangan orang pada kekasih yang di adu padaku. Aku mesti belajar. Aku tolak dia sebab aku tak boleh anggap dia lebih dari kawan. Atau sebenarnya aku pernah suka dia tapi aku ego tak nak ngaku? Aku tak tau.

Mungkin tu la masalah aku. Bila aku rasa aku suka, aku suka pada orang yang salah. Bila aku belajar nak menerima seadanya, dia hilang dari aku. Bila aku usir dia dari hidup aku dia datang tanpa dipinta. Aku yang keliru ngan takdir tuhan atau aku bertuah kerana prinsip ku?
Bukan aku tak mahu hidup macam kawan-kawan lain, ditemani orang tersayang tapi aku insan yang takutkan kekecewaan. Tak sapa yang faham and tahu apa yang aku rasa. Aku tak terima lelaki dalam hidup aku sebab prinsip aku nak seorang yang istimewa tu jadi orang yang terpenting dalam hidup aku satu hari nanti. Mungkin dalam mata kasar orang kata aku ni memilih but for my own good, why not. Aku tak pernah benarkan lelaki sentuh walaupun tangan aku. Ada yang pernah cuba and biarlah dia jadi rahsia. Aku terlau bertegas atau aku memang takut? Bila ada yang ajak dating aku terus tolak. Aku akan terima dia sebagai seorang yang istimewa di hatiku. Bukan kaple yang aku mau. Masih adakah laki yang boleh terima perempuan yang konservatif macam aku nih. Ntahla... Aku berdoa pada Tuhan yang sentiasa tau apa di hati ku. " Kalau dia diciptakan untuk aku, maka kau dekatkan aku dihatinya, namun kalau dia bukan untukku kau temukan lah aku pada orangnya..."

Hati aku sedih dan menangis, cemburu dengan kegembiraan orang lain, but aku tau dia akan muncul bila aku betul-betul memrlukannya. Janji tuhan tak siapa yang tau.... Aku cemburu bila lelaki yang pernah mengaku sukakan aku akan di ijab kabulkan. Tapi bukan perasaan aku tu maksudnya aku anggap dia lebih dari kawan, cuma sedih sebab dia bukan jodoh aku walau pun dia baik dan soleh. Mungkin jodohku bukan sesempurna mana tapi aku tetap akan menunggunya seperti janji tuhan pada umatnya. Tiap insan dijadikan berpasangan. Cuma perlu aku mencari atau aku cuma menanti.

Aku mahu dia tau yang aku dijadikan untuknya. perasaan aku yang aku tak pernah uji dengan kasih sayang lain. Cuma aku harap kan dia jadi pelita hidupku. Aku mahu dia tau aku lah tulang rusuknya yang hilang.

Saturday, August 14, 2010

Mission Accomplish

Menu di Teh Tarik Place. Dibelanja oleh my fren.

Aqeeef n auntie Azrin! Hype kamu, sekarang sudah tarak kenal sama auntie-auntie kamu di Jb nih?





Tujuan utama g KL: Nak poww kawan-kawan yang da keje.

Mission: Accomplish... heheheh

Baru minggu lepas aku g KL. Jumpa my fren....walaupun banyak dugaan nak ke sana, aku tetap g. Thanks to my beloved frenz.... Tumpangkan aku, belanja aku makan all wekend tu, ada yang belanja makan n tengok wayang...Hikhikhik...thanks a lot. And Banyak yang telah diberi. Only masa yang dapat membalas sumanay nanti.. K xpe, once aku da keje, aku akan belanja kawan-kawan yang bek ati nih...heheheh . Sempat gak merasa nek keta baru Hud-hud.

On d way nak g KL,(dalam bas) ada mamat yang menarik.

My fren: Rugila, patutnya kita duduk je sebelah dia. Lagipon dia da bagi hint.

Me: Gelak(cover malu takut mamat yang duduk di depan kami tu dengar) Ish sebab dari awal memang kita da dilihat bersama. Kalo kita len-len bley gak la nak buat cmtu. Dalam hati malu sangat takut laki tu perasan kami cakap tentang dia...hehhe

My fren: Ala, bila lagi nak jalankan misi 'Plain jane'....

Me: Aku tak tau nak respon camna coz aku takut mamat tu dengar perbualan kami..Ikutkan ati aku yang kekadang nakal gila ni, memang nak ja g menakal'..hikhikhik.


Sampai ja kat Bukit Jalil, bateri plak abis but nasib bek sempat kontek my fren yang nak amik tu. HUH.... Pastu kami bley sesat lak kat Putrajaya at almost 12' o'clock....Demn nya minyak dia nak abis.. Ironi nya masa tu. Pusing Putrajaya cari stesen minyak tak jumpa. Masa da nak mengalah tu tetiba ja jumpa Petronas. Huh rasa nak menjerit kesyukuran... Heheh

Segala perbelanjaan saya di KL ditanggung oleh kawan-kawan yang bek ati.... Ngee~ Aku cuma support tambang pegi and balik je. Semoga murah rezeki kamu. Aminnn....

Tengok The Last Air bender. Huh orang belanja, pastu makan kat Teh Tarik Place at the Curve. Di penuhi program sehingga la aqiqah anak kawan ku. Aqeef, da lama xjumpa dia. Dapat dukung dia, tapi dia da pandai nak moody. Balik plak bateri hp mati disebabkan my fren call nak story bout her sadness... Aku layan ja walaupun aku tau japg bateri mesti off punya. Bas lambat, sok tu nak keje. Rasa cam malas giler... Sampai jb da kul 11 lebih - amik teksi. On ja phone terus masuk banyak mesej and call. Paling aku rasa bersalah ialah my mum. Betulla orang kata pertalian mak and anak ni kuat. Ma aku macam tau ja aku ni merayap. Huh,.ampun ma. Adik janji tak buat lagi. Adik tau ma risau. Paling banyak miscall dari my mum n my abah. Sorry......



Thursday, August 12, 2010

KELIRU~~~

Da 2 minggu aku keje...memula aku keliru samada nak keje or x,..but bos aku merangkap lecturer aku kata dia akan jadikan thesis aku macam projek dia..So aku tak perlu risau. Dia akan paksa aku buat keje thesis gak..erm...But bukan tu yang wat aku keliru arini...

Aku rasa aku nak keliru tentang feeling aku...Aku tak pernah anggap dia lebih dari kawan/ abang. Bila aku yakin ngan hati aku,.skang ni aku keliru bila dia nak kahwin da... Feeling tu macam cemburu. Sebab aku tau dia pernah suka aku...da lama aku kawan ngan dia. Aku terasa gak sebanarnya skang ni bila dia da jauh dari aku. Tapi aku kena rasional. Dia da nak kahwin... And pilihan hati dia tarikh lahirnya sama ngan aku... Dulu dia pernah kata dia cari awek yang lebih kurang macam aku..... Aku tak pernah jumpa dia sejak skul.. Aku rasa janggal la bila dapat tau dia bertunang ngan orang yang sama tarikh lahirnya ngan aku...Aku tau individu tu akan sama kelakuan kalo ikut kan horoskop nya... Ada banyak contoh yang aku dapat tengok...Kemungkinan aku ngan dia ada minat yang sama....suka dengar lagu yang sama,.suka benda yang sama.

And aku keliru la ngan bos aku..Napa dia suh aku tukar tempat nih... Aku rasa macam ada udang di sebalik mee...Nyum3,.... Tapi takpe...aku cuma kesian kat kak nurul la... Dia da lama kat situ...kena tukar tempat ngan aku lak. Adakah sebab tu?! Aku musykil laaa

Persetankan la......
Voltar Avançar Inicio
 

Topo