Sunday, August 15, 2010

Tulang rusukmu

Korang tau tak apa rasanya bila seseorang yang pernah jadi sebahagian dari hidup kita dalam ruang lingkup antara kawan and lebih dari kawan, memilih orang yang lebih kurang sama dengan kita dari segi perwatakan atau paras rupa. Aku ada pengalaman camtu. Bila orang yang mengaku pernah sukakan aku lebih dari kawan, mengaku memilih kekasih yang hampir serupa dengan aku. Dalam hati aku pelik, itu ja caranya ke kalu kita tak dapat memilik orang yang kita mahukan? Ada orang pernah kata kan pada ku,. Kita nak apa yang kita mahu tapi Dia akan bagi apa yang kita perlu. Betul tapi kenapa perasaan aku ni semacam. Tak selesa dengan pengakuan macam tu. But bila tengok dorang bahagia, aku rasa tersisih. Rasa sesuatu dalam hati yang cuba nak keluar tapi aku tahan mengikut warasnya akal.

Kahwin tu perkara yang mulia. Mulia kah aku bila aku nasihatkan seseorang yang memaki hamun kekasih hati and mengadu keburukan kekasih hatinya padaku. Aku buat atas rasional seorang perempuan. Aku tak suka kaum adam menghina and memperlekehkan kaum hawa. Aku tak kisah walau pon dia tu saingan aku. And m,ulia kah aku kiranya ada cemburu terselit di hati? Tapi dia da selamat bergelar tunangan orang pada kekasih yang di adu padaku. Aku mesti belajar. Aku tolak dia sebab aku tak boleh anggap dia lebih dari kawan. Atau sebenarnya aku pernah suka dia tapi aku ego tak nak ngaku? Aku tak tau.

Mungkin tu la masalah aku. Bila aku rasa aku suka, aku suka pada orang yang salah. Bila aku belajar nak menerima seadanya, dia hilang dari aku. Bila aku usir dia dari hidup aku dia datang tanpa dipinta. Aku yang keliru ngan takdir tuhan atau aku bertuah kerana prinsip ku?
Bukan aku tak mahu hidup macam kawan-kawan lain, ditemani orang tersayang tapi aku insan yang takutkan kekecewaan. Tak sapa yang faham and tahu apa yang aku rasa. Aku tak terima lelaki dalam hidup aku sebab prinsip aku nak seorang yang istimewa tu jadi orang yang terpenting dalam hidup aku satu hari nanti. Mungkin dalam mata kasar orang kata aku ni memilih but for my own good, why not. Aku tak pernah benarkan lelaki sentuh walaupun tangan aku. Ada yang pernah cuba and biarlah dia jadi rahsia. Aku terlau bertegas atau aku memang takut? Bila ada yang ajak dating aku terus tolak. Aku akan terima dia sebagai seorang yang istimewa di hatiku. Bukan kaple yang aku mau. Masih adakah laki yang boleh terima perempuan yang konservatif macam aku nih. Ntahla... Aku berdoa pada Tuhan yang sentiasa tau apa di hati ku. " Kalau dia diciptakan untuk aku, maka kau dekatkan aku dihatinya, namun kalau dia bukan untukku kau temukan lah aku pada orangnya..."

Hati aku sedih dan menangis, cemburu dengan kegembiraan orang lain, but aku tau dia akan muncul bila aku betul-betul memrlukannya. Janji tuhan tak siapa yang tau.... Aku cemburu bila lelaki yang pernah mengaku sukakan aku akan di ijab kabulkan. Tapi bukan perasaan aku tu maksudnya aku anggap dia lebih dari kawan, cuma sedih sebab dia bukan jodoh aku walau pun dia baik dan soleh. Mungkin jodohku bukan sesempurna mana tapi aku tetap akan menunggunya seperti janji tuhan pada umatnya. Tiap insan dijadikan berpasangan. Cuma perlu aku mencari atau aku cuma menanti.

Aku mahu dia tau yang aku dijadikan untuknya. perasaan aku yang aku tak pernah uji dengan kasih sayang lain. Cuma aku harap kan dia jadi pelita hidupku. Aku mahu dia tau aku lah tulang rusuknya yang hilang.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

0 comments:

Post a Comment

Voltar Avançar Inicio
 

Topo