Tuesday, August 17, 2010

Ijab Kabul

Rasa macam berdebar gila plak masa dia ada. Dia plak buat aku nervous tul, bajet nak jumpakan aku ngan family dia. Paling menggerunkan jumpa mak dia...Huahhhhh....suma orang ok tapi masa mak dia suh aku buat ujian tu yang paling tak tahan. Slalunya kan laki yang bila nak nikah kelam kabut. Ni macam pre nikah, Bakal pengantin pompuan kena jalani ujian, antara ujiannya adalah membaca Al-Quran. Masa tu dia sempat usik aku, suh aku tengok nama penuh dia. Tapi aku malu nak tengok. Nama penuh dia ada dalam borang ujian tu. Tergagap-gagap aku baca Al-Quran, aku tak nampak dengan jelas. Ya Allah Ya tuhan ku,..petunjuk ke ni.

Disebabkan tu aku kena buat sampai aku lulus ujian tu baru kami akan diijab kabulkan. Maybe tu satu petanda atau tu suma hanya mainan perasaan or syaitan? Aku rasa ralat sebab aku belum sediakan diri aku, penuhkan diri ngan ilmu agama. Mungkinkah dia orang yang di takdirkan untuk aku? Membimbing aku ke jalan yang lebih terang? Aku tau aku tak sebaik mana, tapi aku cuba nak berubah. Aku nak dibimbing, semoga aku dapat bjumpa dengan dia lagi. Rasa ralat sebab aku tak tengok nama penuh dia dalam kertas tu.

Aku tak sempat nak tau, aku da kena g ofis..huhuhu Itula yang ngantuk gila pastu...sekejap sangat.

Sunday, August 15, 2010

Tulang rusukmu

Korang tau tak apa rasanya bila seseorang yang pernah jadi sebahagian dari hidup kita dalam ruang lingkup antara kawan and lebih dari kawan, memilih orang yang lebih kurang sama dengan kita dari segi perwatakan atau paras rupa. Aku ada pengalaman camtu. Bila orang yang mengaku pernah sukakan aku lebih dari kawan, mengaku memilih kekasih yang hampir serupa dengan aku. Dalam hati aku pelik, itu ja caranya ke kalu kita tak dapat memilik orang yang kita mahukan? Ada orang pernah kata kan pada ku,. Kita nak apa yang kita mahu tapi Dia akan bagi apa yang kita perlu. Betul tapi kenapa perasaan aku ni semacam. Tak selesa dengan pengakuan macam tu. But bila tengok dorang bahagia, aku rasa tersisih. Rasa sesuatu dalam hati yang cuba nak keluar tapi aku tahan mengikut warasnya akal.

Kahwin tu perkara yang mulia. Mulia kah aku bila aku nasihatkan seseorang yang memaki hamun kekasih hati and mengadu keburukan kekasih hatinya padaku. Aku buat atas rasional seorang perempuan. Aku tak suka kaum adam menghina and memperlekehkan kaum hawa. Aku tak kisah walau pon dia tu saingan aku. And m,ulia kah aku kiranya ada cemburu terselit di hati? Tapi dia da selamat bergelar tunangan orang pada kekasih yang di adu padaku. Aku mesti belajar. Aku tolak dia sebab aku tak boleh anggap dia lebih dari kawan. Atau sebenarnya aku pernah suka dia tapi aku ego tak nak ngaku? Aku tak tau.

Mungkin tu la masalah aku. Bila aku rasa aku suka, aku suka pada orang yang salah. Bila aku belajar nak menerima seadanya, dia hilang dari aku. Bila aku usir dia dari hidup aku dia datang tanpa dipinta. Aku yang keliru ngan takdir tuhan atau aku bertuah kerana prinsip ku?
Bukan aku tak mahu hidup macam kawan-kawan lain, ditemani orang tersayang tapi aku insan yang takutkan kekecewaan. Tak sapa yang faham and tahu apa yang aku rasa. Aku tak terima lelaki dalam hidup aku sebab prinsip aku nak seorang yang istimewa tu jadi orang yang terpenting dalam hidup aku satu hari nanti. Mungkin dalam mata kasar orang kata aku ni memilih but for my own good, why not. Aku tak pernah benarkan lelaki sentuh walaupun tangan aku. Ada yang pernah cuba and biarlah dia jadi rahsia. Aku terlau bertegas atau aku memang takut? Bila ada yang ajak dating aku terus tolak. Aku akan terima dia sebagai seorang yang istimewa di hatiku. Bukan kaple yang aku mau. Masih adakah laki yang boleh terima perempuan yang konservatif macam aku nih. Ntahla... Aku berdoa pada Tuhan yang sentiasa tau apa di hati ku. " Kalau dia diciptakan untuk aku, maka kau dekatkan aku dihatinya, namun kalau dia bukan untukku kau temukan lah aku pada orangnya..."

Hati aku sedih dan menangis, cemburu dengan kegembiraan orang lain, but aku tau dia akan muncul bila aku betul-betul memrlukannya. Janji tuhan tak siapa yang tau.... Aku cemburu bila lelaki yang pernah mengaku sukakan aku akan di ijab kabulkan. Tapi bukan perasaan aku tu maksudnya aku anggap dia lebih dari kawan, cuma sedih sebab dia bukan jodoh aku walau pun dia baik dan soleh. Mungkin jodohku bukan sesempurna mana tapi aku tetap akan menunggunya seperti janji tuhan pada umatnya. Tiap insan dijadikan berpasangan. Cuma perlu aku mencari atau aku cuma menanti.

Aku mahu dia tau yang aku dijadikan untuknya. perasaan aku yang aku tak pernah uji dengan kasih sayang lain. Cuma aku harap kan dia jadi pelita hidupku. Aku mahu dia tau aku lah tulang rusuknya yang hilang.

Saturday, August 14, 2010

Mission Accomplish

Menu di Teh Tarik Place. Dibelanja oleh my fren.

Aqeeef n auntie Azrin! Hype kamu, sekarang sudah tarak kenal sama auntie-auntie kamu di Jb nih?





Tujuan utama g KL: Nak poww kawan-kawan yang da keje.

Mission: Accomplish... heheheh

Baru minggu lepas aku g KL. Jumpa my fren....walaupun banyak dugaan nak ke sana, aku tetap g. Thanks to my beloved frenz.... Tumpangkan aku, belanja aku makan all wekend tu, ada yang belanja makan n tengok wayang...Hikhikhik...thanks a lot. And Banyak yang telah diberi. Only masa yang dapat membalas sumanay nanti.. K xpe, once aku da keje, aku akan belanja kawan-kawan yang bek ati nih...heheheh . Sempat gak merasa nek keta baru Hud-hud.

On d way nak g KL,(dalam bas) ada mamat yang menarik.

My fren: Rugila, patutnya kita duduk je sebelah dia. Lagipon dia da bagi hint.

Me: Gelak(cover malu takut mamat yang duduk di depan kami tu dengar) Ish sebab dari awal memang kita da dilihat bersama. Kalo kita len-len bley gak la nak buat cmtu. Dalam hati malu sangat takut laki tu perasan kami cakap tentang dia...hehhe

My fren: Ala, bila lagi nak jalankan misi 'Plain jane'....

Me: Aku tak tau nak respon camna coz aku takut mamat tu dengar perbualan kami..Ikutkan ati aku yang kekadang nakal gila ni, memang nak ja g menakal'..hikhikhik.


Sampai ja kat Bukit Jalil, bateri plak abis but nasib bek sempat kontek my fren yang nak amik tu. HUH.... Pastu kami bley sesat lak kat Putrajaya at almost 12' o'clock....Demn nya minyak dia nak abis.. Ironi nya masa tu. Pusing Putrajaya cari stesen minyak tak jumpa. Masa da nak mengalah tu tetiba ja jumpa Petronas. Huh rasa nak menjerit kesyukuran... Heheh

Segala perbelanjaan saya di KL ditanggung oleh kawan-kawan yang bek ati.... Ngee~ Aku cuma support tambang pegi and balik je. Semoga murah rezeki kamu. Aminnn....

Tengok The Last Air bender. Huh orang belanja, pastu makan kat Teh Tarik Place at the Curve. Di penuhi program sehingga la aqiqah anak kawan ku. Aqeef, da lama xjumpa dia. Dapat dukung dia, tapi dia da pandai nak moody. Balik plak bateri hp mati disebabkan my fren call nak story bout her sadness... Aku layan ja walaupun aku tau japg bateri mesti off punya. Bas lambat, sok tu nak keje. Rasa cam malas giler... Sampai jb da kul 11 lebih - amik teksi. On ja phone terus masuk banyak mesej and call. Paling aku rasa bersalah ialah my mum. Betulla orang kata pertalian mak and anak ni kuat. Ma aku macam tau ja aku ni merayap. Huh,.ampun ma. Adik janji tak buat lagi. Adik tau ma risau. Paling banyak miscall dari my mum n my abah. Sorry......



Thursday, August 12, 2010

KELIRU~~~

Da 2 minggu aku keje...memula aku keliru samada nak keje or x,..but bos aku merangkap lecturer aku kata dia akan jadikan thesis aku macam projek dia..So aku tak perlu risau. Dia akan paksa aku buat keje thesis gak..erm...But bukan tu yang wat aku keliru arini...

Aku rasa aku nak keliru tentang feeling aku...Aku tak pernah anggap dia lebih dari kawan/ abang. Bila aku yakin ngan hati aku,.skang ni aku keliru bila dia nak kahwin da... Feeling tu macam cemburu. Sebab aku tau dia pernah suka aku...da lama aku kawan ngan dia. Aku terasa gak sebanarnya skang ni bila dia da jauh dari aku. Tapi aku kena rasional. Dia da nak kahwin... And pilihan hati dia tarikh lahirnya sama ngan aku... Dulu dia pernah kata dia cari awek yang lebih kurang macam aku..... Aku tak pernah jumpa dia sejak skul.. Aku rasa janggal la bila dapat tau dia bertunang ngan orang yang sama tarikh lahirnya ngan aku...Aku tau individu tu akan sama kelakuan kalo ikut kan horoskop nya... Ada banyak contoh yang aku dapat tengok...Kemungkinan aku ngan dia ada minat yang sama....suka dengar lagu yang sama,.suka benda yang sama.

And aku keliru la ngan bos aku..Napa dia suh aku tukar tempat nih... Aku rasa macam ada udang di sebalik mee...Nyum3,.... Tapi takpe...aku cuma kesian kat kak nurul la... Dia da lama kat situ...kena tukar tempat ngan aku lak. Adakah sebab tu?! Aku musykil laaa

Persetankan la......

Monday, July 19, 2010

Someone

Lately ada someone try to enter my life. aku cuba nak benarkan dia masuk,..Aku tak tau la kalo dia akan masuk ke tak kalo aku berikan kuncinya...heheh pehhh benda la aku merepek ni..

Nak kata berbunga-bunga sangat tu tak la,.just fren ja skang...belum rasa berdebar-debar...cuma rasa happy ja.. orang yang buat aku berdebar da lama menyepi... Kalo ada jodoh tak kemana... Aku da cuba buka laluannya,..pandai-pandaila masuk coz aku memang tak tau camna nak react..

Hampeh

Rabu ni da start 1st Crit..aku risaula...chaiyokk k...to be continued after da break~

Friday, April 23, 2010

Luahan bisu

Malam ni aku sendiri jer...bertemankan sepi. ceh..hehe sebenarnya ada banyak menda aku nak story but aku rsa kat sini macam terlampau open sangat plak. Sebenarnya walau apa pon aku tetap teringat kat member aku tu...samada dia marah lagi atau x pada aku, aku rindu gak. Bukan dia sorang aku rindu tapi dia tetap ada dalam senarai..aku kecewa... tak dapat nak gambarkan camna feeling aku, kalu dia tak balik...akukah yang salah?aku risaukan masa depan dia,.salahkah aku amik berat hanya sebab boyfriend lagi penting dari sahabat...

Lumrah la tu,.hidup berpasangan, tapi aku terkilan,..kalau dia boleh maafkan kekasih hati dia, napa dia tak boleh maafkan aku? Dosa apa yang aku buat? Sampai di maki hamun, diherdik...Salah aku sebab aku terlampau care 4 u...? salahkah aku bila aku hanya fikirkan keselamatan dia...salahkah aku bila aku harap dia akan faham kenapa aku buat dia camtu 1 hari nanti...

Sorry bila aku terpaksa selfish....demi masa depan aku, harapan orang tuaku, tanggungjawab yang tergalas di bahu ni rasa sesak nak di pikul. Kalau masa sesuai, memang aku nak bersemuka, hopefully ko bley marah aku sepuasnya n luahkan apa yang terbuku selama ni..Aku xsuka di anggap kawan yang stab back kawan' ...kalo ko anggap aku kawan ko, ko akan faham kenapa....takda apa yang aku nak cakapkan lagi bila kita berjumpa... Da terlalu lewat tuk kata apa2...aku cuma doakan yang terbaik untuk kawanku/ kalo ko masih anggap aku ni kawan...

Aku cuma nak ko tau yang aku bukannya jenis mbr bisu...yang akan diam walaupun apa ko buat tu salah...Aku ada perasaan,..aku ikhlas nak tolong, aku harap hidup ko aman pasni...Sebab aku sayang kan kawanku...Kalo ko tak mau ditolong'...aku akan buat apa ko nak...

Friday, April 16, 2010

Mimpi yang sempurna

I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again


Uhuk2..pernahkah kamu bermimpi pelik? Berjumpa dengan seorang lelaki yang langsung tak dikenali, berbual and bermesra macam dah lama jumpa. Yang lagi peliknya, dia ada nama. Aku menangis bila dia tinggalkan aku tanpa jumpa buat kali terakhir... Dia cuma tinggalkan pesan pada seseorang untuk aku. Katanya kami akan berjumpa selepas beberapa tahun. Dah lama aku tunggu dia. Mulanya aku ingat mimpi cuma mainan tidur. Tapi bukan setakat nama yang dia berikan padaku. Aku tau dia dari sekolah mana... Dan lagi pelik bila penpal aku dari Johor rupanya sekolah tu. Maksudnya wujud? Tapi kenapa wujud dulu dalam mimpi aku? Buat aku tertanya-tanya, diakah orangnya untukku? Buat aku tekad untuk tunggu dia. kalau ni mimpi, siapa yang akan tolong kejutkan aku? Aku dah ada di sini, bumi kelahiran dia'. Tapi selama aku di sini, dia tak pernah muncul depanku. Mimpi lagikah aku?Tolonglah seseorang kejutkan aku sebelum aku hanyut....

Mr Adam, macam lagu ni...lepas beberapa tahun perjumpaan kita dalam mimpi, kita tak kan sama lagi macam dulu. Aku tak harap kau untukku... Aku cuma harap mimpi aku satu kenyataan. Aku ingin jumpa kamu walau sekali, walau kamu bukan untukku. Sebab aku mahu bangun dari mimpi panjang yang kau tinggalkan dlam hidupku. Sungguh aku merepek.. Katalah apa saja, tapi mimpi ni sangat lain dari mimpi biasa. Mr Adam bukan mimpi biasa..... Dia mimpiku yang sempurna~

Thursday, April 15, 2010

Sakitnya~

Haish....arini suma benda dalam otak aku yang aku kawal dalam partition elok2 suma da berterabur keluar.. Macam ada tornado dalam otak aku ni...Jiwa aku plak rasa cam semacam. Kacau....bilau...xreti la nak describe. Aduh...napa aku boleh kalah ngan perasaan sendiri. Patutnya dia kena ikut apa otak aku set, mana bley suka-suka ati jer... ni tak..sampai aku jadi penasaran. Aku ingat aku tak kan ingat dia lagi dah.

Arini macam ada apa yer nak kata...no word to describe. only one word aku nak sebut. HATE HIM. Aku rasa aku da hilang kawalan kejap. Hurm,...camna eh nak describe. Macam kapal tongkang pecah~ apa tu? erm... macam dilanda Tsunami.... sesuai sket kot. Rasa sesak... rindu? Maybe... tangan ni gatal nak dail number dia yang da lama aku delete. Tapi msg still aku simpan. Betul cakap member aku,.. aku bley kata aku tak kisah n xpeduli lagi pasal dia. But hakikatnya aku ada rasa lagi kat dia. LOVE HIM or u should HATE HIM. Hurts....aku tak faham.....Dia untukku or bukan untukku?

Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan, jangan biarkan aku hilang pedoman. Kalau jodohku dengannya, maka dekatkanlah dia denganku, dekat di hatiku.... Andai aku rusuknya yang hilang, Dekatkan aku di hatinya..... dekat di ingatannya....Andai dia bukan jodohku, maka pertemukan aku dengan yang sepatutnya~

Aku rasa sakit kalo slalu camni. Dalam mode jiwa kacau~Bukan senang nak lupakan apa yang pernah ada dalam hati kita. Lebih-lebih lagi bila orang tu istimewa. Yang buat kita berdebar slalu. Dah la.... merepek ja.... Report Now! Jangan asyik men.... Hurry Up!

Happy Birthday To U Mom =)

Mak adalah sangat penting dalam hidup aku. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mak...tanpa abah... Thanx because u r my mom... U r the best... huhuhu...(dalam mode nak jadi cengeng) I really miss u mom... Glad that u always here for me. Walau pun jauh beribu batu, selalu dekat di hati aku.. Kaulah Ratu hatiku(macam lagu susu lak.. ahaks..) Sebenarnya aku akan wish kalo aku ingat..Tadi mak aku cakap, dia ingat tak da sapa yang ingat birthday dia tahun ni...(ayat touching la tu) Aku slalu ingat kan abang aku untuk wish.. jeles sebab he always there beside my mom.... aku plak jauh beribu batu =(.... Tu la...sapa yang suruh ko amik architecture kat Johor ni... Kan jauh... kan ko kata ko kuat...kan ko kata ko bukan anak manja.. abis apsal ko nak emo sangat di hari yang indah ni? Tu la ko,...bila mak ko kata jangan dok jauh-jauh ko tak nak dengar...hhuhu...

Walau apa pon,.. Mom, i really miss u. Appreciate u in my way. Berdoa semoga panjang umur dan di murahkan rezeki selalu... Hope that u'll never hurt because of me... I want to give u my best. This semester, i'll do it for u n abah.... Not anyone deserve to ruin that... Sayang Ma n abah......

Tuesday, April 13, 2010

Submission Day =)

Today i mean,.yesterday adalah hari dalam sejarah bila aku dapat siapkan board aku before kul 7 pagi (12 April 2010). Lepas pergi print aku submit around 9.45-10 a.m camtu. Akula orang 1st yang dia cop n sign... = ) Siapa cakap tak boleh nak ubah keadaan? Susah memang susah tapi lepas usaha yang keras, pasti ada hikmah yang indah menunggu di hujung jalan. Aku takut la nak present sok, walaupun aku da submit awal tadi n agak puas ati da ngan apa yang aku da buat, tapi aku tetap rasa semacam. Still ada rasa yang tersekat kat dada ni. Maybe aku takut, maybe aku fobia. Sebab hari semalam yang da ubah perjalanan hidup aku... Tapi aku percaya walau segelap mana pon jalan yang aku kena tempuh, mesti ada indahnya di hujung jalan.... Aku nak cepat sampai..Run baby run...... ;)

Sunday, April 11, 2010

Oh No!Oh NO!

Sempat lagi nih nak tulis kat blog,.aiisshhh...sok da nak submit, pastu present... then ntah apa lagi yang menunggu...huwaaaa...mau balik ja~~=( semangat, datanglah kau walau di mana jua kau berada skang....

K dah la ni,.Post paling pendek...adios...pas submit n present baru sambung..

Tuesday, April 6, 2010

Raining is falling down, falling down, falling down....

Skang ni ari-ari ujan. Aku plak ngan bestnya tido...tapi yang tak bestnya keja tak jalan la. Alahai, apa ni... Aku kan kena semangat sket. Mana bley men-men lagi.... Tinggal 5 Ari je lagi... Cam'on la....u can do it....

Aku sempatla snap pic hujan petang tadi. Tak tau nak buat apa dah...So aku amik kamera then snap pic luar bilik aku yang tengah hujan lebat.





Rasanya da banyak ari camni, aku bangun ja mesti ujan. So aku trap la kat bilik.... Niat ati memang nak buat keja tapi bila sejuk-sejuk camni, tarik selimut pon cam best ^__^

Impian terlaksana


Sedap kek ni, ..huhu thanks to Ain n auntie.....


Ain balik arini bawa kek.....huhuhu bestnya.... aku da makan banyak sangat. Da tak bley masuk dah..Trimas tu ain and kredit untuk auntie(mak ain) yang susah payah buat kek tu.. heheh Nak minta kat mak aku macam jauh sangat T__T. So mak orang pon jadilaaa....

Monday, April 5, 2010

Final Project Countdown

Aku da serabut sangat. Banyak benda yang kena disiapkan lagi. Lebih kurang 6 hari lagi... Oh damn, ni suma sebab semangat aku yang lambat sampai... skang baru nak tau gelabah. Penat dah nak abiskan thesis ni. Bukan benda yang senang, bukan bley siap dalam 2-3 ari. Tambah plak ngan dugaan yang tak putus nak menduga aku. Walau apa pon, aku mesti kuat. Kuat macam badang...yeahhhhh ^__^..... Nak krit la arini,.tapi takut xbangun. Marilah semangat, berjuang dengan aku.... T__T

Sunday, April 4, 2010

Layan sketching

Mengantuk sangat-sangat...huarggghhh ni da kali ke berapa dah aku menguap. Nak 100 plus r. Dari tadi dok sketch,..huhu wahai architecture.Napa sangat susah aku nak hadam benda ni? Bila ada orang tanya kenapa aku amik architecture, aku akan jawab, jawapan pendek = rezeki. Jawapan panjang?Jom aku story...

Aku suka melukis. Aku ingat dulu masa aku kecik-kecik, aku kagum sangat bila abang aku pandai melukis. Dia satu-satunya abang yang aku ada. Aku memang sangat kagum bila tengok dia lukis ngan senangnya. And start dari tu aku suka melukis. Abang inspirasi untuk banyak benda. Erm pastu aku suka komik sebab abang aku slalu beli komik. Dari komik aku suka lukis watak kartun yang aku suka. Kebanyakannya cute n lawa or handsome. hahha dari kecik aku memang suka benda yang cantik..lumrah r ;) ,.. Masuk sekolah menengah aku pernah crush kat sumone yang aku nak namakan Mr. A and Mr. B. Aku gunakan anugerah Tuhan bagi ni untuk aku ekspresskan feeling aku. Tapi rasanya sampai skang Mr. A or Mr. B tak tau. Apa aku buat?

Aku lukis gambar Mr. A n abadikan dalam note aku,..tu salinan jela. Aku bagi yang asal kat tuan punya badan. Then yang sorang lagi Mr. B, aku lukis dia dalam karakter kartun n jadikan penanda buku. 2-2 tu sebagai hadiah hari jadi. Aku cuma letak bawah meja.

Aku setakat suka dari jauh. Aku tak suka luahkan. Aku rasa aku tak kan dapat. Sebab 2-2 lelaki tu sangat ramai peminatnya.. Tapi skang aku bersyukur pada Tuhan aku tak pernah luahkan. Sebab skang ni, bila tengok balik Mamat2 yang aku minat dulu erks.... Never mind. Pelik camna aku boleh suka pada dorang. Erm...No idea.

Bila zaman matriks, aku buat ujian kerjaya. Masa tu niat cuma nak teman member aku ja. But jawapan yang aku dapat masa tu suma ke arah bidang seni. Sedangkan aku belajar akaun, business n ekonomi dari sekolah menengah lagi...Suma member praktikum aku pun memang tau aku minat melukis,.so dorang support ja aku kalo aku nak amik bidang seni. Tapi drastiknya aku terus isi borang upu sambil didorong rasa yang tak fikir panjang. Tanpa bincang ngan family, aku isi suma architecture, landscape, planning, etc... UTM 1st choice aku.

Tapi bila masuk fasa kedua, family aku dapat tau aku amik bidang lain dari akaun n ekonomi. Aku terpaksa tukar semula sumanya kpda IT, akaun, econs, business, n banking. Tapi architecture UTM aku xdapat elak sebab ada interview. Abis matrik aku dapat panggilan utk interview. Aku g ngan berbekalkan apa yang aku ada saja masa tu. Drawing yang aku lukis sebagai hobi di masa lapang. Sungguh aku tak sangka aku akan dapat Kos yang aku minta. Sedangkan dalam beribu yang minta, Ribuan handalan, aku diberi peluang untuk belajar di bidang yang aku minta. Sangat mengujakan lagi, UTM..... Memang seperti yang aku impikan. Dugaan aku bukan tu ja. Tapi untuk kali ni, setakat ni cerita aku... aku nak sambung buat keja. Aku da semangat sket ;)...


Saturday, April 3, 2010

Bila keinginan melampaui batasan

Di pagi yang indah ni aku da mula teringinkan home made kek chocolate moist...uwaaa sedap tu..mula la aku merayau mencari kek ni kat u mall. Rasa nya da macam tiap-tiap hari kuar g u mall or jaya jusco. Lumrah budak UTM yang kebosanan la ni. Ermm jom aku tunjuk apa yang aku teringin nak makan. Dari aritu, macam orang mengidam dah ;) but mengidam tade isi tak pe la kan...hahha..da berisi nanti len plak. Eh jom!jom!semngat berkobar nak tunjuk ni...


Mengancam r tengok lama-lama. Erm ada lagi ni,..nak upload suma ke?heheh kasi kecur air liur sket ;). Jap....




2-3 Ari lepas lak aku teringin benda alah ni....bukan apa, teringat kat umah..kalo kat umah mak aku suka masakkan benda ni. Skang ni tercari-cari r...


Mak, u r the best..i miss u like hell...hohoho....

Da macam anak manja ja bunyi nya...but yes,.mum i miss u damn much..Abah, rindu abah juga...huhu abang...adik nak balik ;) huisshhh kuar abis da ni.. Dah r tu untuk arini. So far karipap da dpt,.Tunggu ain balik, kot-kot dapat kek choc, nyum nyum.... ;)... heheh

Friday, April 2, 2010

Jiwang Karat 1

Aku tulis sebab aku tengah ngantuk yang amat sangat,.member aku gtau yang besfren dia yang nikah aritu da pregnant. Aku tumpang happy,..xlama lg da nak ada baby,..bila tgk life orang,nampak macam mudah sangat,.Bila tengok hidup aku? Aku yakin pada-Nya. Apa yang Dia takdirkan untuk aku da memang yang terbaik. Cuma aku berdoa semoga jodohku dipermudahkan juga. Berkahwin dengan orang yang kita sayang? Bagi aku, bercinta biarlah lepas kahwin, tapi zaman skang ada lagi ke manusia yang xpernah bercinta ? kalo ada cuma aku ja kot,.and maybe orang kat luar sana tengah gelak kalo baca ni, member yang baru kenal pon tak caya bila aku cakap aku xpernah ada boyfriend. Haahaha...Aku pernah suka lelaki,.aku anggap cinta monyet ja.

Bagi aku dalam hidup mesti ada at least skali ko nampak bodoh di hadapan orang yang disayangi(tak termasuk keluarga k). Aku pon pernah alami, kebodohan tu sampai sekarang terkenang-kenang,hahah..so funny zaman muda ku... Aku beranggapan rupa adalah segala-galanya. Bagi aku luaran penting, tahap kematangan aku membataskan aku untuk fikir jauh masa tu. Selalu minat pada lelaki yang sangat ramai peminatnya. But now im realize, Rupa luaran xmenjanjikan apa-apa. Malah ko akan lebih senang kecewa, lagi mudah makan hati sebab si dia handsome n ramai peminat. Kematangan buat aku banyak berfikir,... aku mahu seorang lelaki yang boleh bimbing aku ke jalan yang benar, sebab aku ada banyak kelemahan. Orang yang taat pada perintahnya menjanjikan kasih yang ikhlas. Aku harap akan disayangi lelaki yang tujuan hidupnya mengabdikan diri pada Yang Esa sebelum dia sayangi aku. Lelaki yang impiannya ingin membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan Tuhan. Sebab aku sangat takut dikecewakan. Tak ada apa yang pasti di dunia ni. Kasih dan sayang sesama manusia bersifat sementara. Pada Tuhan yang kekal abadi. Aku cuba untuk baiki diri ini untuk dia' yang aku tunggu selama ni. Pada Mr no name ku...Adamku.. yang ntah bila baru dapat jumpa.

Pada kawanku, kadang-kadang aku cemburu, kadang-kadang aku kagum.... Keberanian untuk mempertaruhkan sesuatu pada sesuatu yang tidak pasti. Apa jaminan untuk hatimu tak dilukai? Tak pernah ada jaminan tapi kau sangat berani. Apa lagi kalau si dia ada rupa... takkah kau takut dirimu dipermainkan? Walaupun berkasih xsemestinya bersatu. Bercinta dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain lumrah... Sebab dunia ni sentiasa manusia ingin mencuba. Apa salahnya kalau aku tak mahu ikut resmi dunia? Aku nak kahwin baru bercinta, kolotkah aku? Kawan aku kata aku berani bila nak bercinta lepas kahwin. Komen aku, bukan berani tapi aku takut tak dapat kawal diri bila diri disayangi and menyayangi.. Aku percaya pada kata "perempuan yang baik jodohnya dengan lelaki yang baik jua". Aku tak sebaik tu,.tapi aku cuba untuk baiki diri semoga jodohku lelaki yang baik,.Aku pertaruhkan kepercayaan ku pada janji Tuhan, Dari aku sandarkan pada manusia. Aku sangat takut kawanku. Janganla kau anggap diriku sangat berani.

Nasihat aku pada semua, hati manusia tak dapat dinilai dengan mata kasar. Kena lihat dengan mata hati, masalahnya tak semua akan tunjukkan sifat sebenar bila berkasih. Bila dah kahwin habis semua perangai keluar.... Rupa luaran sungguh tak menjanjikan apa-apa. Lelaki handsome tak semestinya pilihanku,.walaupun aku suka pada keindahan, untuk jadi pasangan, asal sedap mata memandang dah mencukupi. Aku dah la cepat bosan, minta simpang la nanti aku bosan dengan Mr Adam.

Wednesday, March 31, 2010

Hati Oh hati

Napa manusia ada hati r....Sebenarnya aku rasa sakit sangat..aku bukan kuat macam badang, aku bukan kebal macam superman...aku cuma aku...sakitnya Tuhan ja yang tau. Tiap kali teringat aku tetap menangis. Jangan kau ingat bila kau menangis, aku gembira....hakikatnya aku menangis juga..pada siapa aku nak mengadu bila hati aku sakit, pada siapa aku nak memohon bila hati ni xhenti menyalahkan diri sendiri. Apa yang aku buat, aku jua xmengerti...kalau kau anggap aku salah, aku mohon maaf, dah berkali aku ucapkan, sampai aku rasa maaf tu perkataan murah...pernah 2x aku rasa maaf tu xsepatutnya diucapkan...pertama kali bila maaf aku pinta bila aku accident ngan sorang mamat...tangannya patah. Bagi aku, maaf ku pinta sebab kecedaraan dia lebih teruk dari aku. Walau pun akal aku kuat mengatakan aku xsalah. Dia hilang pertimbangan bukan salah aku, dia xcekap mengelak bukan salah aku, dia masuk jalan aku jua bukan salah aku...Tapi aku rendahkan ego ku...maaf untuk semua yg terjadi,.manusia yang mengalah bukan bererti ia sudah kalah..malahan dia menang...menang dalam menundukkan rasa khilafnya..menang kerna niat ingin berdamai, menang dalam permainan ego hasutan syaitan....Bagi aku dia insan yang xredha dengan apa yang terjadi,.dia balas pada aku..."Kau ingat lpas kau minta maaf, tangan aku akan ok?"...tak percayakah dia pada takdir? Lalu aku menyesal dengan maaf yang aku pinta.

Kedua bila aku minta maaf tapi kau xpernah menghargai...Semuanya aku dah jelaskan, Kau pura-pura ok bila kata kau faham kenapa aku lakukan semua itu...Tapi hakikatnya kau persalahkan aku atas semuanya...Hati aku bukan dari batu, hati aku juga hati kaca...Aku tau megeluh bila aku penat, aku tau mengadu bila aku sakit....Sakit hatiku bukan sebab kau salahkan aku, tapi sakit kerna kau lupa aku sebagai kawanmu...sakit bila semuanya kau xhargai, sakit bila kau mendoakan kejahatan buatku sedangkan tiap kali aku berdoa, xpernah lupa mendoakan kebahagiaan mu....Lalu salahkah aku kawanku? Kau xperlu lakukan apa-apa aku tetap menangis ingatkan mu...salahkah aku andai aku buang jauh kau dari hidupku buat sementara kerna kau sering buat aku menangis, bersedih dan hilang fokus.. Aku minta maaf kerana terpaksa ketepikan kau wahai kawanku,..bagiku hidup aku dicorakkan olehku, ditentukan Tuhan, diwarnai keluarga ku...tak ada siapa yang dapat mempengaruhi aku dalam menentukan hala tuju ku...Aku pilih untuk pentingkan diriku saat ini kerna tanggungjawab ku pada keluargaku...tanggungjawab untuk meraih kejayaan. Aku terpaksa menahan diri, pura-pura gembira sedangkan hatiku gundah gulana...

Bantulah aku Ya Allah....Berikan aku kekuatan untuk menghadapi segalanya...Aku ingin mengatasi segalanya ujian darimu..Aku mahu hidup berlandaskan landasan kebenaranmu..Bantulah aku, Jangan Engkau sasarkan apa yang Engkau tetapkan untukku.. Aku hanya manusia lemah... Kau bantulah kawanku, semoga diberikan segala rahmat dan hidayah...Aku hanya insan lemah...tanpaMu aku hilang arah...

Tuesday, March 30, 2010

Memori when me n my fren' sakit otak

Me n my fren kuar bersiar-siar rempit nek moto(9/1/2010),..(sbnanya lebih kepada jalan-jalan cari mkn) then mbr aku ada meluahkan kat aku yang dia nak sangat-sangat bela binatang peliharaan so bley release tension sket...dia bajet nak bela kucing,..sampaikan kami tengah makan kat sebuah gerai nih,.dia mmg dok usyar kucing,..time nak bayar tu aku bayar dlu,dia bley plak sembang ngan auntie kedai tu rupanya tanya pasal kucing kat situ...

auntie tu dgn besar hati mcm nak bagi ja sekor kucing warna hitam yg cute, macam pakai sock putih plak..dengan manjanya kucing tu cam tau-tau ja member aku ni nak ambik dia,..dia punya gesel macam nak ikut kami balik...tapi aku ckp kat mbr aku yang xsesuai bw cat nek mto...kang xpasal-pasal blkg aku dia cakar....heheh bukan aku xpnh ada pglman bwa cat nek mto....kebanyakan nya gayat n mcm nak terjun ja...kang mati bunuh diri lak cat tu,...so aku cakap kat dia lenkali jela amik,.lgpun kami nak singgah jaya jusco..dengan berat ati kami pon tinggal je cat tu..

aku bukan xsuka cat,..sangat-sangat-sangat suka la ngn cat ni,.sampai kat umah aku ada banyak gila cat,..penah tu sampai 13 ekor.cuma bila kat hostel ni xsesuai sgtla nak bela cat..aku ada gak rasa nak membelanya but byk hlgan la,..especially bila time nak g clas,.xkan nak kurung cat tu,.kang mati plak,aku sendiri pon makan xteratur,manakan plak nak bg cat tu makn 4-5 kali sehari.huish...then aku terpk lg,.nak bela benda apa yg dia xnyusahkan kita. yg bley nak berak sendiri,xyahla nak kita ajar or buang najis dia bila kita balik nanti. Benda yg akan syg kita sbb kita yg bg dia makan,..kucing sgt manja ngn org yg bg dia makan. kalo kat umah kucing aku jual mahal ngan abah n abang aku coz dorg xpenah bg makan pon,.aku jarang ada kat umah,kalo balik kucing aku da besar o makin gemuk...amik masa nak kenal aku...tu yg aku tensen tuh,tp senang ja nak amik ati kucing ni,.gosok2 bwh leher dia yg gebu tu nescaya dia tunduk punya...hahhaha pengalamn beb!

Then aku ckp kat mbr aku kalo bela suami k x?hahahh dia gelak kan aku mcm nak mampus.At least suami kan pandai berak sendiri,xyah kita nak basuh nanti.But mbr aku ckp suami lg cerewet sbb kita bg makan dia but dia xsemestinya akan setia pada kita,then makan lak kita xley nak bg menu yg sama tiap2 ari,xmacam cat.bg apa ja dia makan.suami plak mesti akan pandang perempuan len gak,kita xley nak kwal or kurung dia dlm cage. Aku pelik tul,kalo suami cam kucing kan best,setia sbb aku yg bg dia makan tiap2 ari,.aku yg belai n jaga dia,pastikan hidup dia selesa n dilimpahi kasih syg.Persoalnnya, setia tu milik siapa?kalo kucing tu diberikan akal mesti aku akan kahwin ja ngn kucing but manusia yg ada akal ni x appreciate apa yg ada. Bak kata mbr aku "nyampah gila ngan laki yg cuma pandang pada rupa sja"

Betul gak apa yg mbr aku ckp,ramai laki skang cuma pandang pda rupa. Bukan nak kata salah tp lps pandang rupa,pndang agama n budi pekertinya...aku xphm ngn perangai laki yg buta..menilai yg mana kaca n yg mana permata. Aku faham sbb aku sndri pon kalo pandang laki, yg pertama pda rupanya(ingat laki ja bley memilih?) lps tu aku tgk perangai dia,kdg2 muka hensem tp perangai xsenonoh(hampeh). Ada plak yg suka clubbing la apa la,n ada gak yg ngaku at lastnya yg dia ada awek. aku xfhm ngan laki yg xcukup sorg pompuan dlm hidup nih. Aku tya kat mbr aku, setia tu utk sapa? xsemestinya pompuan ja yg kena setia, aku akan setia kalo lelaki yg aku syg tu setia...

Bukan sekadar setia, ikhlas tu penting. kalo laki tu bley syg aku tanpa byk songeh mcm aku sayang kucing aku tanpa mahukan balasan, tu pon da cukup. Aku bukan cerewet sgt, apa yg aku nak cuma syg dibals syg,setia dibalas setia, pengorbanan dibals pengorbanan.....baru lah aku nak mulakan episod baru ke kancah penuh derita (alam percintaan).

Erm,sori melalut.Time ni tengah serabut urat perut ku...maka coretan ni cuma cebisan dari otak kanan or kiri aku yang still aktif lagi..sekian.

Welcoming Post

First of all aku nak jelaskan kenapa aku pon sibuk nak ada mem'blog,..heheheh(memang pon) , memula aku cuma baca ja dari mbr2 yg ada blog,..terpulang kepada individu gak sbananya kenapa blog ni diwujudkan,ada yg rasa ni tempat nak berpuitis,..curah bakat, luahan isihati, bg aku plak blog ni wujud sbb semua diatas,..dan yg plg penting,..sblm ni aku cuma tulis dalam diari rahsia hati aku,. aku rasa tulis blog ni mcm open sgt,..tp apasalahnya kalo luahan isihati aku ni diketahui umum...kadang2 ada benda yg patut org len tahu,..maybe sbgai pengajaran,hidup ni ada 'give n take',... aku xkisah kalo da sesapa yg nak share pendapat ngn aku,..silakan komen

And blog ni baru sebab aku da tutup blog lama(2008). Kita buka buku baru k...yang baik dijadikan teladan , yang buruk dijadikan sempadan...
Voltar Inicio
 

Topo