Friday, April 2, 2010

Jiwang Karat 1

Aku tulis sebab aku tengah ngantuk yang amat sangat,.member aku gtau yang besfren dia yang nikah aritu da pregnant. Aku tumpang happy,..xlama lg da nak ada baby,..bila tgk life orang,nampak macam mudah sangat,.Bila tengok hidup aku? Aku yakin pada-Nya. Apa yang Dia takdirkan untuk aku da memang yang terbaik. Cuma aku berdoa semoga jodohku dipermudahkan juga. Berkahwin dengan orang yang kita sayang? Bagi aku, bercinta biarlah lepas kahwin, tapi zaman skang ada lagi ke manusia yang xpernah bercinta ? kalo ada cuma aku ja kot,.and maybe orang kat luar sana tengah gelak kalo baca ni, member yang baru kenal pon tak caya bila aku cakap aku xpernah ada boyfriend. Haahaha...Aku pernah suka lelaki,.aku anggap cinta monyet ja.

Bagi aku dalam hidup mesti ada at least skali ko nampak bodoh di hadapan orang yang disayangi(tak termasuk keluarga k). Aku pon pernah alami, kebodohan tu sampai sekarang terkenang-kenang,hahah..so funny zaman muda ku... Aku beranggapan rupa adalah segala-galanya. Bagi aku luaran penting, tahap kematangan aku membataskan aku untuk fikir jauh masa tu. Selalu minat pada lelaki yang sangat ramai peminatnya. But now im realize, Rupa luaran xmenjanjikan apa-apa. Malah ko akan lebih senang kecewa, lagi mudah makan hati sebab si dia handsome n ramai peminat. Kematangan buat aku banyak berfikir,... aku mahu seorang lelaki yang boleh bimbing aku ke jalan yang benar, sebab aku ada banyak kelemahan. Orang yang taat pada perintahnya menjanjikan kasih yang ikhlas. Aku harap akan disayangi lelaki yang tujuan hidupnya mengabdikan diri pada Yang Esa sebelum dia sayangi aku. Lelaki yang impiannya ingin membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan Tuhan. Sebab aku sangat takut dikecewakan. Tak ada apa yang pasti di dunia ni. Kasih dan sayang sesama manusia bersifat sementara. Pada Tuhan yang kekal abadi. Aku cuba untuk baiki diri ini untuk dia' yang aku tunggu selama ni. Pada Mr no name ku...Adamku.. yang ntah bila baru dapat jumpa.

Pada kawanku, kadang-kadang aku cemburu, kadang-kadang aku kagum.... Keberanian untuk mempertaruhkan sesuatu pada sesuatu yang tidak pasti. Apa jaminan untuk hatimu tak dilukai? Tak pernah ada jaminan tapi kau sangat berani. Apa lagi kalau si dia ada rupa... takkah kau takut dirimu dipermainkan? Walaupun berkasih xsemestinya bersatu. Bercinta dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain lumrah... Sebab dunia ni sentiasa manusia ingin mencuba. Apa salahnya kalau aku tak mahu ikut resmi dunia? Aku nak kahwin baru bercinta, kolotkah aku? Kawan aku kata aku berani bila nak bercinta lepas kahwin. Komen aku, bukan berani tapi aku takut tak dapat kawal diri bila diri disayangi and menyayangi.. Aku percaya pada kata "perempuan yang baik jodohnya dengan lelaki yang baik jua". Aku tak sebaik tu,.tapi aku cuba untuk baiki diri semoga jodohku lelaki yang baik,.Aku pertaruhkan kepercayaan ku pada janji Tuhan, Dari aku sandarkan pada manusia. Aku sangat takut kawanku. Janganla kau anggap diriku sangat berani.

Nasihat aku pada semua, hati manusia tak dapat dinilai dengan mata kasar. Kena lihat dengan mata hati, masalahnya tak semua akan tunjukkan sifat sebenar bila berkasih. Bila dah kahwin habis semua perangai keluar.... Rupa luaran sungguh tak menjanjikan apa-apa. Lelaki handsome tak semestinya pilihanku,.walaupun aku suka pada keindahan, untuk jadi pasangan, asal sedap mata memandang dah mencukupi. Aku dah la cepat bosan, minta simpang la nanti aku bosan dengan Mr Adam.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

0 comments:

Post a Comment

Voltar Avançar Inicio
 

Topo