Friday, April 16, 2010

Mimpi yang sempurna

I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again


Uhuk2..pernahkah kamu bermimpi pelik? Berjumpa dengan seorang lelaki yang langsung tak dikenali, berbual and bermesra macam dah lama jumpa. Yang lagi peliknya, dia ada nama. Aku menangis bila dia tinggalkan aku tanpa jumpa buat kali terakhir... Dia cuma tinggalkan pesan pada seseorang untuk aku. Katanya kami akan berjumpa selepas beberapa tahun. Dah lama aku tunggu dia. Mulanya aku ingat mimpi cuma mainan tidur. Tapi bukan setakat nama yang dia berikan padaku. Aku tau dia dari sekolah mana... Dan lagi pelik bila penpal aku dari Johor rupanya sekolah tu. Maksudnya wujud? Tapi kenapa wujud dulu dalam mimpi aku? Buat aku tertanya-tanya, diakah orangnya untukku? Buat aku tekad untuk tunggu dia. kalau ni mimpi, siapa yang akan tolong kejutkan aku? Aku dah ada di sini, bumi kelahiran dia'. Tapi selama aku di sini, dia tak pernah muncul depanku. Mimpi lagikah aku?Tolonglah seseorang kejutkan aku sebelum aku hanyut....

Mr Adam, macam lagu ni...lepas beberapa tahun perjumpaan kita dalam mimpi, kita tak kan sama lagi macam dulu. Aku tak harap kau untukku... Aku cuma harap mimpi aku satu kenyataan. Aku ingin jumpa kamu walau sekali, walau kamu bukan untukku. Sebab aku mahu bangun dari mimpi panjang yang kau tinggalkan dlam hidupku. Sungguh aku merepek.. Katalah apa saja, tapi mimpi ni sangat lain dari mimpi biasa. Mr Adam bukan mimpi biasa..... Dia mimpiku yang sempurna~
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

0 comments:

Post a Comment

Voltar Avançar Inicio
 

Topo