Friday, April 23, 2010

Luahan bisu

Malam ni aku sendiri jer...bertemankan sepi. ceh..hehe sebenarnya ada banyak menda aku nak story but aku rsa kat sini macam terlampau open sangat plak. Sebenarnya walau apa pon aku tetap teringat kat member aku tu...samada dia marah lagi atau x pada aku, aku rindu gak. Bukan dia sorang aku rindu tapi dia tetap ada dalam senarai..aku kecewa... tak dapat nak gambarkan camna feeling aku, kalu dia tak balik...akukah yang salah?aku risaukan masa depan dia,.salahkah aku amik berat hanya sebab boyfriend lagi penting dari sahabat...

Lumrah la tu,.hidup berpasangan, tapi aku terkilan,..kalau dia boleh maafkan kekasih hati dia, napa dia tak boleh maafkan aku? Dosa apa yang aku buat? Sampai di maki hamun, diherdik...Salah aku sebab aku terlampau care 4 u...? salahkah aku bila aku hanya fikirkan keselamatan dia...salahkah aku bila aku harap dia akan faham kenapa aku buat dia camtu 1 hari nanti...

Sorry bila aku terpaksa selfish....demi masa depan aku, harapan orang tuaku, tanggungjawab yang tergalas di bahu ni rasa sesak nak di pikul. Kalau masa sesuai, memang aku nak bersemuka, hopefully ko bley marah aku sepuasnya n luahkan apa yang terbuku selama ni..Aku xsuka di anggap kawan yang stab back kawan' ...kalo ko anggap aku kawan ko, ko akan faham kenapa....takda apa yang aku nak cakapkan lagi bila kita berjumpa... Da terlalu lewat tuk kata apa2...aku cuma doakan yang terbaik untuk kawanku/ kalo ko masih anggap aku ni kawan...

Aku cuma nak ko tau yang aku bukannya jenis mbr bisu...yang akan diam walaupun apa ko buat tu salah...Aku ada perasaan,..aku ikhlas nak tolong, aku harap hidup ko aman pasni...Sebab aku sayang kan kawanku...Kalo ko tak mau ditolong'...aku akan buat apa ko nak...

Friday, April 16, 2010

Mimpi yang sempurna

I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again


Uhuk2..pernahkah kamu bermimpi pelik? Berjumpa dengan seorang lelaki yang langsung tak dikenali, berbual and bermesra macam dah lama jumpa. Yang lagi peliknya, dia ada nama. Aku menangis bila dia tinggalkan aku tanpa jumpa buat kali terakhir... Dia cuma tinggalkan pesan pada seseorang untuk aku. Katanya kami akan berjumpa selepas beberapa tahun. Dah lama aku tunggu dia. Mulanya aku ingat mimpi cuma mainan tidur. Tapi bukan setakat nama yang dia berikan padaku. Aku tau dia dari sekolah mana... Dan lagi pelik bila penpal aku dari Johor rupanya sekolah tu. Maksudnya wujud? Tapi kenapa wujud dulu dalam mimpi aku? Buat aku tertanya-tanya, diakah orangnya untukku? Buat aku tekad untuk tunggu dia. kalau ni mimpi, siapa yang akan tolong kejutkan aku? Aku dah ada di sini, bumi kelahiran dia'. Tapi selama aku di sini, dia tak pernah muncul depanku. Mimpi lagikah aku?Tolonglah seseorang kejutkan aku sebelum aku hanyut....

Mr Adam, macam lagu ni...lepas beberapa tahun perjumpaan kita dalam mimpi, kita tak kan sama lagi macam dulu. Aku tak harap kau untukku... Aku cuma harap mimpi aku satu kenyataan. Aku ingin jumpa kamu walau sekali, walau kamu bukan untukku. Sebab aku mahu bangun dari mimpi panjang yang kau tinggalkan dlam hidupku. Sungguh aku merepek.. Katalah apa saja, tapi mimpi ni sangat lain dari mimpi biasa. Mr Adam bukan mimpi biasa..... Dia mimpiku yang sempurna~

Thursday, April 15, 2010

Sakitnya~

Haish....arini suma benda dalam otak aku yang aku kawal dalam partition elok2 suma da berterabur keluar.. Macam ada tornado dalam otak aku ni...Jiwa aku plak rasa cam semacam. Kacau....bilau...xreti la nak describe. Aduh...napa aku boleh kalah ngan perasaan sendiri. Patutnya dia kena ikut apa otak aku set, mana bley suka-suka ati jer... ni tak..sampai aku jadi penasaran. Aku ingat aku tak kan ingat dia lagi dah.

Arini macam ada apa yer nak kata...no word to describe. only one word aku nak sebut. HATE HIM. Aku rasa aku da hilang kawalan kejap. Hurm,...camna eh nak describe. Macam kapal tongkang pecah~ apa tu? erm... macam dilanda Tsunami.... sesuai sket kot. Rasa sesak... rindu? Maybe... tangan ni gatal nak dail number dia yang da lama aku delete. Tapi msg still aku simpan. Betul cakap member aku,.. aku bley kata aku tak kisah n xpeduli lagi pasal dia. But hakikatnya aku ada rasa lagi kat dia. LOVE HIM or u should HATE HIM. Hurts....aku tak faham.....Dia untukku or bukan untukku?

Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan, jangan biarkan aku hilang pedoman. Kalau jodohku dengannya, maka dekatkanlah dia denganku, dekat di hatiku.... Andai aku rusuknya yang hilang, Dekatkan aku di hatinya..... dekat di ingatannya....Andai dia bukan jodohku, maka pertemukan aku dengan yang sepatutnya~

Aku rasa sakit kalo slalu camni. Dalam mode jiwa kacau~Bukan senang nak lupakan apa yang pernah ada dalam hati kita. Lebih-lebih lagi bila orang tu istimewa. Yang buat kita berdebar slalu. Dah la.... merepek ja.... Report Now! Jangan asyik men.... Hurry Up!

Happy Birthday To U Mom =)

Mak adalah sangat penting dalam hidup aku. Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mak...tanpa abah... Thanx because u r my mom... U r the best... huhuhu...(dalam mode nak jadi cengeng) I really miss u mom... Glad that u always here for me. Walau pun jauh beribu batu, selalu dekat di hati aku.. Kaulah Ratu hatiku(macam lagu susu lak.. ahaks..) Sebenarnya aku akan wish kalo aku ingat..Tadi mak aku cakap, dia ingat tak da sapa yang ingat birthday dia tahun ni...(ayat touching la tu) Aku slalu ingat kan abang aku untuk wish.. jeles sebab he always there beside my mom.... aku plak jauh beribu batu =(.... Tu la...sapa yang suruh ko amik architecture kat Johor ni... Kan jauh... kan ko kata ko kuat...kan ko kata ko bukan anak manja.. abis apsal ko nak emo sangat di hari yang indah ni? Tu la ko,...bila mak ko kata jangan dok jauh-jauh ko tak nak dengar...hhuhu...

Walau apa pon,.. Mom, i really miss u. Appreciate u in my way. Berdoa semoga panjang umur dan di murahkan rezeki selalu... Hope that u'll never hurt because of me... I want to give u my best. This semester, i'll do it for u n abah.... Not anyone deserve to ruin that... Sayang Ma n abah......

Tuesday, April 13, 2010

Submission Day =)

Today i mean,.yesterday adalah hari dalam sejarah bila aku dapat siapkan board aku before kul 7 pagi (12 April 2010). Lepas pergi print aku submit around 9.45-10 a.m camtu. Akula orang 1st yang dia cop n sign... = ) Siapa cakap tak boleh nak ubah keadaan? Susah memang susah tapi lepas usaha yang keras, pasti ada hikmah yang indah menunggu di hujung jalan. Aku takut la nak present sok, walaupun aku da submit awal tadi n agak puas ati da ngan apa yang aku da buat, tapi aku tetap rasa semacam. Still ada rasa yang tersekat kat dada ni. Maybe aku takut, maybe aku fobia. Sebab hari semalam yang da ubah perjalanan hidup aku... Tapi aku percaya walau segelap mana pon jalan yang aku kena tempuh, mesti ada indahnya di hujung jalan.... Aku nak cepat sampai..Run baby run...... ;)

Sunday, April 11, 2010

Oh No!Oh NO!

Sempat lagi nih nak tulis kat blog,.aiisshhh...sok da nak submit, pastu present... then ntah apa lagi yang menunggu...huwaaaa...mau balik ja~~=( semangat, datanglah kau walau di mana jua kau berada skang....

K dah la ni,.Post paling pendek...adios...pas submit n present baru sambung..

Tuesday, April 6, 2010

Raining is falling down, falling down, falling down....

Skang ni ari-ari ujan. Aku plak ngan bestnya tido...tapi yang tak bestnya keja tak jalan la. Alahai, apa ni... Aku kan kena semangat sket. Mana bley men-men lagi.... Tinggal 5 Ari je lagi... Cam'on la....u can do it....

Aku sempatla snap pic hujan petang tadi. Tak tau nak buat apa dah...So aku amik kamera then snap pic luar bilik aku yang tengah hujan lebat.





Rasanya da banyak ari camni, aku bangun ja mesti ujan. So aku trap la kat bilik.... Niat ati memang nak buat keja tapi bila sejuk-sejuk camni, tarik selimut pon cam best ^__^

Impian terlaksana


Sedap kek ni, ..huhu thanks to Ain n auntie.....


Ain balik arini bawa kek.....huhuhu bestnya.... aku da makan banyak sangat. Da tak bley masuk dah..Trimas tu ain and kredit untuk auntie(mak ain) yang susah payah buat kek tu.. heheh Nak minta kat mak aku macam jauh sangat T__T. So mak orang pon jadilaaa....

Monday, April 5, 2010

Final Project Countdown

Aku da serabut sangat. Banyak benda yang kena disiapkan lagi. Lebih kurang 6 hari lagi... Oh damn, ni suma sebab semangat aku yang lambat sampai... skang baru nak tau gelabah. Penat dah nak abiskan thesis ni. Bukan benda yang senang, bukan bley siap dalam 2-3 ari. Tambah plak ngan dugaan yang tak putus nak menduga aku. Walau apa pon, aku mesti kuat. Kuat macam badang...yeahhhhh ^__^..... Nak krit la arini,.tapi takut xbangun. Marilah semangat, berjuang dengan aku.... T__T

Sunday, April 4, 2010

Layan sketching

Mengantuk sangat-sangat...huarggghhh ni da kali ke berapa dah aku menguap. Nak 100 plus r. Dari tadi dok sketch,..huhu wahai architecture.Napa sangat susah aku nak hadam benda ni? Bila ada orang tanya kenapa aku amik architecture, aku akan jawab, jawapan pendek = rezeki. Jawapan panjang?Jom aku story...

Aku suka melukis. Aku ingat dulu masa aku kecik-kecik, aku kagum sangat bila abang aku pandai melukis. Dia satu-satunya abang yang aku ada. Aku memang sangat kagum bila tengok dia lukis ngan senangnya. And start dari tu aku suka melukis. Abang inspirasi untuk banyak benda. Erm pastu aku suka komik sebab abang aku slalu beli komik. Dari komik aku suka lukis watak kartun yang aku suka. Kebanyakannya cute n lawa or handsome. hahha dari kecik aku memang suka benda yang cantik..lumrah r ;) ,.. Masuk sekolah menengah aku pernah crush kat sumone yang aku nak namakan Mr. A and Mr. B. Aku gunakan anugerah Tuhan bagi ni untuk aku ekspresskan feeling aku. Tapi rasanya sampai skang Mr. A or Mr. B tak tau. Apa aku buat?

Aku lukis gambar Mr. A n abadikan dalam note aku,..tu salinan jela. Aku bagi yang asal kat tuan punya badan. Then yang sorang lagi Mr. B, aku lukis dia dalam karakter kartun n jadikan penanda buku. 2-2 tu sebagai hadiah hari jadi. Aku cuma letak bawah meja.

Aku setakat suka dari jauh. Aku tak suka luahkan. Aku rasa aku tak kan dapat. Sebab 2-2 lelaki tu sangat ramai peminatnya.. Tapi skang aku bersyukur pada Tuhan aku tak pernah luahkan. Sebab skang ni, bila tengok balik Mamat2 yang aku minat dulu erks.... Never mind. Pelik camna aku boleh suka pada dorang. Erm...No idea.

Bila zaman matriks, aku buat ujian kerjaya. Masa tu niat cuma nak teman member aku ja. But jawapan yang aku dapat masa tu suma ke arah bidang seni. Sedangkan aku belajar akaun, business n ekonomi dari sekolah menengah lagi...Suma member praktikum aku pun memang tau aku minat melukis,.so dorang support ja aku kalo aku nak amik bidang seni. Tapi drastiknya aku terus isi borang upu sambil didorong rasa yang tak fikir panjang. Tanpa bincang ngan family, aku isi suma architecture, landscape, planning, etc... UTM 1st choice aku.

Tapi bila masuk fasa kedua, family aku dapat tau aku amik bidang lain dari akaun n ekonomi. Aku terpaksa tukar semula sumanya kpda IT, akaun, econs, business, n banking. Tapi architecture UTM aku xdapat elak sebab ada interview. Abis matrik aku dapat panggilan utk interview. Aku g ngan berbekalkan apa yang aku ada saja masa tu. Drawing yang aku lukis sebagai hobi di masa lapang. Sungguh aku tak sangka aku akan dapat Kos yang aku minta. Sedangkan dalam beribu yang minta, Ribuan handalan, aku diberi peluang untuk belajar di bidang yang aku minta. Sangat mengujakan lagi, UTM..... Memang seperti yang aku impikan. Dugaan aku bukan tu ja. Tapi untuk kali ni, setakat ni cerita aku... aku nak sambung buat keja. Aku da semangat sket ;)...


Saturday, April 3, 2010

Bila keinginan melampaui batasan

Di pagi yang indah ni aku da mula teringinkan home made kek chocolate moist...uwaaa sedap tu..mula la aku merayau mencari kek ni kat u mall. Rasa nya da macam tiap-tiap hari kuar g u mall or jaya jusco. Lumrah budak UTM yang kebosanan la ni. Ermm jom aku tunjuk apa yang aku teringin nak makan. Dari aritu, macam orang mengidam dah ;) but mengidam tade isi tak pe la kan...hahha..da berisi nanti len plak. Eh jom!jom!semngat berkobar nak tunjuk ni...


Mengancam r tengok lama-lama. Erm ada lagi ni,..nak upload suma ke?heheh kasi kecur air liur sket ;). Jap....




2-3 Ari lepas lak aku teringin benda alah ni....bukan apa, teringat kat umah..kalo kat umah mak aku suka masakkan benda ni. Skang ni tercari-cari r...


Mak, u r the best..i miss u like hell...hohoho....

Da macam anak manja ja bunyi nya...but yes,.mum i miss u damn much..Abah, rindu abah juga...huhu abang...adik nak balik ;) huisshhh kuar abis da ni.. Dah r tu untuk arini. So far karipap da dpt,.Tunggu ain balik, kot-kot dapat kek choc, nyum nyum.... ;)... heheh

Friday, April 2, 2010

Jiwang Karat 1

Aku tulis sebab aku tengah ngantuk yang amat sangat,.member aku gtau yang besfren dia yang nikah aritu da pregnant. Aku tumpang happy,..xlama lg da nak ada baby,..bila tgk life orang,nampak macam mudah sangat,.Bila tengok hidup aku? Aku yakin pada-Nya. Apa yang Dia takdirkan untuk aku da memang yang terbaik. Cuma aku berdoa semoga jodohku dipermudahkan juga. Berkahwin dengan orang yang kita sayang? Bagi aku, bercinta biarlah lepas kahwin, tapi zaman skang ada lagi ke manusia yang xpernah bercinta ? kalo ada cuma aku ja kot,.and maybe orang kat luar sana tengah gelak kalo baca ni, member yang baru kenal pon tak caya bila aku cakap aku xpernah ada boyfriend. Haahaha...Aku pernah suka lelaki,.aku anggap cinta monyet ja.

Bagi aku dalam hidup mesti ada at least skali ko nampak bodoh di hadapan orang yang disayangi(tak termasuk keluarga k). Aku pon pernah alami, kebodohan tu sampai sekarang terkenang-kenang,hahah..so funny zaman muda ku... Aku beranggapan rupa adalah segala-galanya. Bagi aku luaran penting, tahap kematangan aku membataskan aku untuk fikir jauh masa tu. Selalu minat pada lelaki yang sangat ramai peminatnya. But now im realize, Rupa luaran xmenjanjikan apa-apa. Malah ko akan lebih senang kecewa, lagi mudah makan hati sebab si dia handsome n ramai peminat. Kematangan buat aku banyak berfikir,... aku mahu seorang lelaki yang boleh bimbing aku ke jalan yang benar, sebab aku ada banyak kelemahan. Orang yang taat pada perintahnya menjanjikan kasih yang ikhlas. Aku harap akan disayangi lelaki yang tujuan hidupnya mengabdikan diri pada Yang Esa sebelum dia sayangi aku. Lelaki yang impiannya ingin membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan Tuhan. Sebab aku sangat takut dikecewakan. Tak ada apa yang pasti di dunia ni. Kasih dan sayang sesama manusia bersifat sementara. Pada Tuhan yang kekal abadi. Aku cuba untuk baiki diri ini untuk dia' yang aku tunggu selama ni. Pada Mr no name ku...Adamku.. yang ntah bila baru dapat jumpa.

Pada kawanku, kadang-kadang aku cemburu, kadang-kadang aku kagum.... Keberanian untuk mempertaruhkan sesuatu pada sesuatu yang tidak pasti. Apa jaminan untuk hatimu tak dilukai? Tak pernah ada jaminan tapi kau sangat berani. Apa lagi kalau si dia ada rupa... takkah kau takut dirimu dipermainkan? Walaupun berkasih xsemestinya bersatu. Bercinta dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain lumrah... Sebab dunia ni sentiasa manusia ingin mencuba. Apa salahnya kalau aku tak mahu ikut resmi dunia? Aku nak kahwin baru bercinta, kolotkah aku? Kawan aku kata aku berani bila nak bercinta lepas kahwin. Komen aku, bukan berani tapi aku takut tak dapat kawal diri bila diri disayangi and menyayangi.. Aku percaya pada kata "perempuan yang baik jodohnya dengan lelaki yang baik jua". Aku tak sebaik tu,.tapi aku cuba untuk baiki diri semoga jodohku lelaki yang baik,.Aku pertaruhkan kepercayaan ku pada janji Tuhan, Dari aku sandarkan pada manusia. Aku sangat takut kawanku. Janganla kau anggap diriku sangat berani.

Nasihat aku pada semua, hati manusia tak dapat dinilai dengan mata kasar. Kena lihat dengan mata hati, masalahnya tak semua akan tunjukkan sifat sebenar bila berkasih. Bila dah kahwin habis semua perangai keluar.... Rupa luaran sungguh tak menjanjikan apa-apa. Lelaki handsome tak semestinya pilihanku,.walaupun aku suka pada keindahan, untuk jadi pasangan, asal sedap mata memandang dah mencukupi. Aku dah la cepat bosan, minta simpang la nanti aku bosan dengan Mr Adam.
Voltar Avançar Inicio
 

Topo